Blog ini menyimpan segala artikel yang penulis sumbangkan ke Harian Metro (Ruangan Kemusykilan Syariah) setiap minggu yang mana ianya memaparkan jawapan kepada persoalan yang menjadi kemusykilan masyarakat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Undang-Undang Islam, Mahkamah Syariah, Kekeluargaan, Hibah, Wasiat, Pernikahan, Perceraian, Peguam Syarie dan lain-lain. Di samping penulis mingguan Harian Metro, juga pernah dijemput sebagai tetamu di dalam Selamat Pagi Malaysia (SPM) TV 1 didalam slot Bicara Syariah dan tetamu jemputan di dalam program Celik Syariah di TV9, Media Prima. Selain itu penulis juga bergerak aktif dalam persatuan dan NGO termasuk bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui Siaran Radio 24 Bernama di dalam slot “Pengguna dan Undang-Undang”, serta giat dalam usaha menyampaikan pengisian berkaitan Undang-Undang Syariah kepada masyarakat. Penulis juga boleh dihubungi melalui email pena.peguamsyarie@gmail.com atau surianyassociates@yahoo.com
Tuesday, 29 November 2016
GAGAL TUNAI NAFKAH BATIN - Isteri buntu sudah dua tahun tidak disentuh suami
Saya berkahwin selama enam tahun dan mempunyai dua anak. Saya dan suami berumur dalam 30-an dan bekerja di ibu kota. Suami memenuhi tanggungjawab zahir, tetapi gagal menunaikan hak batin. Sudah dua tahun, suami tidak menyentuh saya walaupun hanya berpegangan tangan. Saya pernah mengajak suami mendapatkan kaunseling Jabatan Agama Islam, tetapi suami menolak. Suami tidak mempunyai kawan rapat, malah dia tidak rapat dengan ahli keluarganya. Jadi, saya menemui jalan buntu untuk mengetahui masalah sebenar suami. Adakalanya, fikiran jahat dan hasutan membuatkan saya mahu menuntut cerai daripada suami, tetapi saya masih sayangkannya dan anak. Saya memohon pencerahan puan, apakah langkah terbaik perlu saya lakukan.
HANI,
BANGSAR
Seorang suami ber- (Pembaca yang mempunyai masalah berkaitan undang-undang syariah boleh menghantar kemusykilan keNuansa melalui e-mel: rencana@hmetro.com.my) tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin seperti makan minum, penginapan, pakaian, kebajikan, keselamatan, pengetahuan agama, hukum hakam dan keperluan seksual. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tempat bercucuk tanammu sebagaimana saja yang kamu kehendaki”. Selain itu hak terhadap nafkah batin atau seks bagi seorang isteri ini adalah wajib ditunaikan suami. Allah SWT menyebut dalam al-Quran menerusi Surah Al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud: “Dan wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya dengan cara yang makruf.” Malah, antara tujuan perkahwinan ialah menghalalkan hubungan seks antara suami isteri. Sekiranya, seorang isteri itu berkeinginan kepada nafkah batin maka wajiblah ditunaikan oleh suami melainkan suami mengalami penyakit yang menyebabkan beliau gagal memberikannya. Jika suami gagal untuk memberi nafkah batin kepada isteri tanpa sebab, hukumnya berdosa dan menganiaya isteri. Saya menasihatkan anda mengenalpasti apakah masalah suami puan, khususnya dari segi kemampuan menjalankan kewajipannya terhadap puan. Sekiranya suami didapati mempunyai masalah atau penyakit maka wajarlah puan memujuk suami dengan cara berbincang untuk mendapatkan apa-apa rawatan perubatan moden atau alternatif untuk memulihkannya. Saya tidak nafikan bahawa isu ini amat sensitif dan sukar diterima suami puan, namun cara ini paling baik dan berhikmah. Perkahwinan selama enam tahun sedikit sebanyak puan dapat fahami dan kenali apa kemahuan dan kehendak suami puan khususnya berkaitan seks. Maka, dari dua keadaan ini puan boleh membuat perbandingan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Selanjutnya, jika masalah ini gagal diselesaikan menerusi perbincangan bersama suami, pembabitan keluarga perlu. Sebaiknya pilihlah daripada kalangan ahli keluarga yang rapat dengan suami. Namun, beritahu ibu bapa suami, adik-beradik suami mengenai masalah puan. Ia bukanlah bertujuan bagi mengaibkan suami puan, tetapi hanyalah ikhtiar untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya, jika segala usaha di atas menemui kegagalan, puan perlu membuat keputusan. Jika puan merasakan tidak mampu lagi bertahan dengan ketiadaan nafkah batin itu serta enggan meneruskan perkahwinan, puan boleh membubarkan perkahwinan dengan perceraian secara baik atau fasakh. Masalah ini salah satu alasan fasakh yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Keluarga Islam bagi Negeri Selangor iaitu di bawah Seksyen 53 (1) (d) iaitu: “Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syara’ adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasanalasan yang berikut, iaitu - bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun”. Namun, sebelum mengambil langkah terakhir itu, pelihara pesona kecantikan dan kejelitaan kurniaan Ilahi kepada puan serta berusahalah mencari persefahaman dalam berkomunikasi mengenai seks demi memulihkan semula perasaan cinta antara puan dengan suami, insya-Allah cinta anda akan bertaut kembali.
KEPIT kekasih lama - Isteri terkejut suami tidak setia setelah 12 tahun
SITI, RAWANG,
SELANGOR
Latar belakang perkahwinan puan selama 12 tahun dengan empat cahaya mata boleh dikategorikan sebagai perkahwinan bahagia dalam menuju matlamat perkahwinan itu sendiri. Suami puan seorang berkerjaya dan mempunyai kedudukan ekonomi stabil adalah penyumbang utama dalam kebahagiaan yang puan kecapi. Apa pun yang puan rasakan dengan perkahwinan puan rupa-rupanya diuji dengan masalah suami puan berhubungan dengan bekas kekasih beliau. Keputusan puan meninggalkan kerjaya yang baik untuk menumpukan perhatian kepada rumah tangga pastinya membuatkan puan membuat penilaian bahawa puan membuat pengorbanan luhur demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat puan bersama suami. Kehidupan pada hari ini semakin mencabar walaupun pada hakikatnya kemajuan teknologi itu adalah untuk kebaikan dan sewajarnya digunakan ke arah itu. Kelalaian dan kecuaian manusia sendiri menyebabkan kecanggihan teknologi komunikasi disalah guna hingga membawa kepada kegagalan institusi keluarga. Bagaimanapun, dalam menyelesaikan permasalahan puan, dengan hormatnya puan dicadangkan mengambil langkah berikut: 1. Perbincangan - Puan disarankan mengadakan perbincangan dari hati ke hati bersama suami puan berhubung isu yang puan dengar daripada rakan. Maklumat yang puan peroleh daripada rakan bukanlah suatu pembuktian jelas dan nyata. Puan hanya dimaklumkan bahawa suami puan didapati bersikap mesra, bermanja dan berpegangan tangan serta memeluk pinggang wanita itu. Apakah segala maklumat itu puan saksikan sendiri? Jika fakta ini ditimbulkan di hadapan Mahkamah Syariah, ia tidak boleh membantu kes puan dalam apa-apa tuntutan puan sekalipun. Justeru, puan perlu mendapatkan pengesahan daripada suami puan sendiri berkenaan isu berkenaan. Cuma dari segi kaedah perbincangan perlulah dijalankan dalam keadaan penuh harmoni, semaikan bibit-bibit kasih sayang puan yang dibaja selama 12 tahun. Mungkin ia sedikit sukar dan berat, namun puan pasti mampu melakukannya. Ini kerana ia adalah perbuatan baik yang pasti akan menghasilkan hasil baik juga. Pilihlah tempat sesuai, mungkin puan boleh aturkan pertemuan makan malam atau bercuti berdua di tempat istimewa. Ketepikan perasaan kecewa dan sakit hati dalam diri puan ketika itu. Tetapkan matlamat dalam tindakan puan. Jika puan yakin bahawa perkahwinan puan masih boleh diselamatkan, kasih sayang suami isteri perlu dikembalikan. Berlapang dada kerana ia akan menjemput keredaan. Puan tidak perlu memaksa suami mengakui kesilapannya. Namun, jadikan perbincangan itu sebagai medan muhasabah diri puan dan suami agar dapat mencapai perdamaian dan seterusnya mendapat reda dan rahmat Allah SWT. 2. Bantuan ahli keluarga atau pihak ketiga -Jika perbincangan sudah puan adakan dan menemui kegagalan, puan disarankan mendapatkan bantuan ahli keluarga atau orang yang suami puan hormati sebagai pihak ketiga bagi menasihati suami puan. Perlu diingat dalam usaha puan mendapatkan bantuan ahli keluarga, elakkan daripada perbuatan provokasi dan berniat untuk menyalahkan suami semata-mata. Penilaian orang luar daripada perkahwinan adalah tidak sama dengan puan yang hidup bersama. Pada hari ini mungkin puan mengalami masalah daripada kesilapan suami puan. Mungkin daripada usaha puan mendapatkan penyelesaian dan menyelamatkan kebahagiaan rumah tangga puan, suami puan akan kembali berubah dan puan akan mengecapi kebahagiaan itu semula. Keadaan itu mempunyai kesan berlainan dengan ahli keluarga yang menjadi pihak ketiga mendengar masalah puan. Mohonlah bantuan mereka untuk memperbetulkan keadaan. Beri ruang kepada pihak ketiga mendengar sendiri masalah dihadapinya hingga beliau mengambil tindakan tidak tepat. 3. Kaunseling - Langkah seterusnya sekiranya bantuan daripada pihak ketiga juga tidak berhasil. Puan bolehlah mendapatkan khidmat kaunseling dari mana-mana pejabat agama berhampiran. Tetapkan temu janji bersama kaunselor itu. Pujuk suami puan untuk hadir. Fahamkan suami puan bahawa tindakan yang puan ambil itu bukanlah untuk mengaibkan dirinya. Malah, jelaskan padanya bahawa puan amat sayangkan ikatan perkahwinan yang terbina selama 12 tahun. Puan menghargai suami puan dalam perkahwinan dan berharap agar perkahwinan itu dapat dikekalkan. Lazimnya suami akan rasa diri tercabar disebabkan tindakan puan mengadu ke pejabat agama. Oleh itu, puan harus kuat dan tabah. Tingkatkan kesabaran diri demi mencapai matlamat. Apa juga tindakan yang bakal suami puan ambil tetap dalam keputusan puan. Mudah-mudahan Allah membantu memudahkan segala urusan puan. 4. Koreksi diri - Kehidupan dan rumah tangga adalah satu proses yang kita lalui sementara kita hidup di dunia ini. Berpeganglah kepada kasih sayang Allah. Tidaklah sesuatu ujian yang Allah turunkan untuk kita itu melainkan adalah untuk menghapuskan dosa kita, meningkatkan darjat iman kita, sebagai tanda Allah kasih kita, Allah perhatikan kita. Sebagai isteri, puan perlu fokus dan positif dalam matlamat mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Apa juga berlaku adalah terbaik yang Allah tentukan buat diri kita. Jadilah isteri yang pemaaf berlapang dada. Keluarlah daripada belenggu kesilapan agar ia tidak menjadi penghalang kejayaan dan kebahagiaan diri serta keluarga dan menjadikan diri tidak bermotivasi. Jadikan ujian itu sebagai suatu proses kehidupan yang menjadikan kita lebih tabah dan kuat. Akhirnya janganlah juga masalah mengawal minda kerana ia akan menjadi besar, sebaliknya jadikan masalah itu sebagai satu perkara kecil yang dikawal oleh minda kita. (Pembaca yang mempunyai masalah berkaitan undang-undang syariah boleh menghantar kemusykilan ke Nuansa melalui e-mel: rencana@hmetro.com.my)
Mahu arahan mahkamah BERKAITAN NAFKAH - Wanita mohon cerai kerana suamisuka berhutang, panas baran dan tidak bertanggungjawab
ZARA,
AMPANG
Masalah puan daripada ringkasan fakta (Pembaca yang mempunyai masalah berkaitan undang-undang syariah boleh menghantar kemusykilan keNuansa melalui e-mel: rencana@hmetro.com.my) di atas mempunyai tindakan undang-undang yang berbeza terhadap pihak yang berbeza. Peruntukan undangundang berhubung nafkah anak adalah menurut pemakaian Seksyen 73 (1) Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 iaitu: “Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada di dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.” Peruntukan itu adalah satu rujukan undangundang asas untuk puan membuat tuntutan nafkah bagi anak puan. Namun apa yang dimaksudkan dengan tindakan undang-undang dan pihak yang berbeza adalah tuntutan nafkah anak terbabit hendaklah dibuat terhadap kedua-dua bapa kepada anak puan. Bekas suami pertama puan wajib menyara nafkah anaknya seramai tiga orang dan bekas suami kedua puan wajib menyara nafkah anaknya. Tuntutan itu bolehlah difailkan di mahkamah syariah yang berbidang kuasa. Maksudnya adalah mahkamah syariah yang berhampiran dengan tempat tinggal dan permastautinan puan yang boleh dipastikan melalui dokumen kad pengenalan dan/atau sekiranya alamat yang terdapat di dalam kad pengenalan berbeza dengan tempat tinggal puan, maka puan perlu mendapatkan pengesahan permastautinan anak kariah, bagi membolehkan puan memfailkan tuntutan di mahkamah syariah berkenaan. Selaku bakal pihak yang menuntut (plaintif) puan perlu memastikan segala dokumen diperlukan mahkamah disediakan dengan lengkap dan sempurna. Dokumen sokongan ini amat penting ketika prosiding tuntutan berjalan di mahkamah kelak dan akan memberi kesan ke atas tuntutan puan terutama ketika mahkamah membuat keputusan. Sebagai panduan untuk puan membuat tuntutan nafkah, sebaik-baiknya puan buatlah jadual ringkas perbelanjaan anak puan yang terdiri daripada segala perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, pakaian, perubatan dan pelajaran. Ini bertujuan memudahkan puan membuat kira-kira jumlah sebenar perbelanjaan anak puan dalam kiraan bulanan dan tahunan. Segala maklumat inilah yang perlu disokong dengan dokumen yang akan menjadi bukti, sekali gus menjadi rujukan mahkamah dalam memberi pertimbangan ke atas tuntutan puan. Bagaimanapun seorang bapa itu tidak boleh lari daripada tanggungjawabnya dalam menyediakan nafkah untuk anaknya. Apatah lagi jika anak terbabit masih kecil dan lemah untuk mencari nafkah diri mereka sendiri. Kitab fiqah Islam menjelaskan lemah daripada usaha mencari nafkah adalah apabila salah satu syarat ini ada pada anak maka bapa masih wajib menanggung nafkah: Kecil - iaitu kecil yang tidak mampu mencari nafkah diri sendiri menurut adat kebiasaan. Perempuan- anak perempuan wajib nafkahnya ditanggung oleh bapa sehingga baligh dan berkahwin. Sakit yang mencegah anak terbabit daripada usaha seperti gila, buta dan sebagainya. Menuntut ilmu iaitu jika dia sibuk mencari nafkah untuk dirinya sehingga terbantut usahanya menuntut ilmu, sedangkan menuntut ilmu itu adalah lebih utama.
Masalah puan daripada ringkasan fakta (Pembaca yang mempunyai masalah berkaitan undang-undang syariah boleh menghantar kemusykilan keNuansa melalui e-mel: rencana@hmetro.com.my) di atas mempunyai tindakan undang-undang yang berbeza terhadap pihak yang berbeza. Peruntukan undangundang berhubung nafkah anak adalah menurut pemakaian Seksyen 73 (1) Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 iaitu: “Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada di dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.” Peruntukan itu adalah satu rujukan undangundang asas untuk puan membuat tuntutan nafkah bagi anak puan. Namun apa yang dimaksudkan dengan tindakan undang-undang dan pihak yang berbeza adalah tuntutan nafkah anak terbabit hendaklah dibuat terhadap kedua-dua bapa kepada anak puan. Bekas suami pertama puan wajib menyara nafkah anaknya seramai tiga orang dan bekas suami kedua puan wajib menyara nafkah anaknya. Tuntutan itu bolehlah difailkan di mahkamah syariah yang berbidang kuasa. Maksudnya adalah mahkamah syariah yang berhampiran dengan tempat tinggal dan permastautinan puan yang boleh dipastikan melalui dokumen kad pengenalan dan/atau sekiranya alamat yang terdapat di dalam kad pengenalan berbeza dengan tempat tinggal puan, maka puan perlu mendapatkan pengesahan permastautinan anak kariah, bagi membolehkan puan memfailkan tuntutan di mahkamah syariah berkenaan. Selaku bakal pihak yang menuntut (plaintif) puan perlu memastikan segala dokumen diperlukan mahkamah disediakan dengan lengkap dan sempurna. Dokumen sokongan ini amat penting ketika prosiding tuntutan berjalan di mahkamah kelak dan akan memberi kesan ke atas tuntutan puan terutama ketika mahkamah membuat keputusan. Sebagai panduan untuk puan membuat tuntutan nafkah, sebaik-baiknya puan buatlah jadual ringkas perbelanjaan anak puan yang terdiri daripada segala perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, pakaian, perubatan dan pelajaran. Ini bertujuan memudahkan puan membuat kira-kira jumlah sebenar perbelanjaan anak puan dalam kiraan bulanan dan tahunan. Segala maklumat inilah yang perlu disokong dengan dokumen yang akan menjadi bukti, sekali gus menjadi rujukan mahkamah dalam memberi pertimbangan ke atas tuntutan puan. Bagaimanapun seorang bapa itu tidak boleh lari daripada tanggungjawabnya dalam menyediakan nafkah untuk anaknya. Apatah lagi jika anak terbabit masih kecil dan lemah untuk mencari nafkah diri mereka sendiri. Kitab fiqah Islam menjelaskan lemah daripada usaha mencari nafkah adalah apabila salah satu syarat ini ada pada anak maka bapa masih wajib menanggung nafkah: Kecil - iaitu kecil yang tidak mampu mencari nafkah diri sendiri menurut adat kebiasaan. Perempuan- anak perempuan wajib nafkahnya ditanggung oleh bapa sehingga baligh dan berkahwin. Sakit yang mencegah anak terbabit daripada usaha seperti gila, buta dan sebagainya. Menuntut ilmu iaitu jika dia sibuk mencari nafkah untuk dirinya sehingga terbantut usahanya menuntut ilmu, sedangkan menuntut ilmu itu adalah lebih utama.
Tiada nafkah wang - Kadar pemberian perlu ikut taraf, keadaan seseorang suami
Saya dan suami sudah berkahwin hampir 5 tahun dan memiliki tiga cahaya mata. Kehidupan boleh dikatakan selesa dengan keperluan anak dapat disediakan. Suami saya menyediakan segala keperluan di rumah seperti barangan dapur, membayar bil, malah rumah juga dibayar olehnya. Cuma, sepanjang perkahwinan suami tidak pernah memberi saya nafkah berbentuk wang seperti diterima wanita lain daripada suami mereka. Adakah suami dianggap berdosa kerana tidak menyediakan nafkah itu? Apakah saya boleh menuntut nafkah terbabit meskipun suami sudah menyediakan segala keperluan lain? Bagaimana caranya untuk saya tuntut nafkah itu tanpa menyinggung perasaan suami dan keluarganya?
KELLY,
SUNGAI KAJANG,
SELANGOR
Sebagai isteri yang dikurniakan dengan tiga cahaya mata adalah suatu nikmat dan anugerah Allah SWT yang tidak ternilai. Tambahan pula suami puan mampu menyediakan keperluan asasi kehidupan seadanya. Puan jelas amat beruntung daripada isteri yang dianiaya zahir dan batin. Mereka terpaksa memerah keringat untuk menyara kehidupan keluarga, menyediakan keperluan anak malah menanggung perbelanjaan dan keperluan suami sendiri. Apabila termeterainya ikatan perkahwinan, maka seorang suami itu sudah diletakkan hak dan kewajipan terhadap isterinya dari segi nafkah. Di sisi syarak, nafkah yang dimaksudkan adalah nafkah zahir dan batin. Nafkah zahir bermaksud ‘sara hidup’ iaitu sesuatu yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Manakala, nafkah batin adalah naluri dan fitrah manusia dalam menikmati hubungan kelamin bersama pasangan suami atau isteri. Nafkah zahir meliputi penyediaan perkara seperti makan minum, pakaian, keperluan asas diri, tempat tinggal dan keselamatan. Dalam menjelaskan kadar Nafkah Anak yang wajib ditanggung pihak yang diwajibkan menanggungnya, Dr. Wahbah Az-Zuhaili di dalam kitabnya, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, Jilid VII menjelaskan, para fuqaha bersependapat nafkah kerabat dan isteri adalah wajib sekadar mencukupi keperluan untuk roti, lelemak dan pakaian mengikut taraf keadaan orang yang wajib membiayai nafkah dan kadar adat kebiasaan sesebuah negeri. Sebabnya nafkah adalah wajib kerana keperluan, sedangkan keperluan dapat dipenuhi dengan cukup kadar keperluan. Segala keperluan yang dinyatakan di atas pada masa kini menjadi keperluan asas yang berbentuk ‘hajiyyat’ iaitu kadar yang diperlukan. Ini berbeza dengan penyediaan keperluan yang berbentuk ‘tahsiniyyat’ iaitu penambahbaikkan. Apakah suami puan berdosa atau tidak kerana gagal menyediakan nafkah berbentuk wang ringgit? Saya mengajak puan melihat kepada apakah suami puan menjalankan tanggungjawabnya menyediakan keperluan nafkah sebelum ini? Apakah nafkah disediakan itu mencukupi untuk puan meneruskan kehidupan puan? Apakah puan reda dengan kadar penyediaan nafkah itu? Jika suami puan menyediakan keperluan puan seadanya atau semampunya dan puan reda maka dia tidak berdosa. Harus diingat kadar yang wajib disediakan suami puan adalah kadar asas yang mencukupi dan munasabah. Jika kadar penyediaan nafkah itu tidak memadai sehingga menyebabkan puan terpaksa menyediakan sendiri keperluan diri puan atau terpaksa mendapatkan bantuan pihak lain maka suami puan sudah berdosa dan puan berhak menuntut hak puan itu dalam bentuk wang ringgit ataupun peruntukan khas untuk perbelanjaan. Seterusnya, apakah kadar nafkah boleh puan tuntut sekiranya suami gagal menyediakan keperluan asas puan? Tidak terdapat perkiraan khusus di sisi syarak untuk kadar penentuan nafkah isteri. Firman Allah di dalam Surah At-Thalaq, ayat 7 yang bermaksud ‘Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan orang yang sempit rezekinya hendaklah memberi nafkah dengan harta yang diberikan Allah kepadanya’. Walau apapun kadar keperluan dan perbelanjaan diri puan ia hendaklah melihat dan menilai apakah kadar kemampuan suami puan. Saya nasihatkan puan adakan perbincangan dari hati ke hati bersama suami. Jelaskan dan fahamkan suami puan apa yang puan perlukan. Perkara ini adalah suatu isu yang amat sensitif bagi suami kerana ia akan menyentuh kredibiliti seorang lelaki bernama suami. Sebaik-baiknya puan perlu selesaikan perkara ini hanya dalam pengetahuan puan dan suami berdua saja. Namun, jika gagal, maka puan bolehlah mendapatkan bantuan orang ketiga yang terdiri dalam kalangan orang dihormati oleh suami puan. Jika masih gagal, langkah terakhir adalah puan perlu memfailkan tuntutan itu di Mahkamah Syariah di kawasan tempat tinggal puan.
TUNTUT NAFKAH ANAK - Bekas suami abai zuriat selepas bercerai hampir 20 tahun
Dalam proses perceraian, kami datang ke pejabat agama dan memohon perceraian dengan cara baik. Saya ada meminta bekas suami untuk menceraikan saya tetapi saya tidak menuntut nafkah anak. Apabila tiba waktu perceraian, bekas suami tidak hadir ke mahkamah. Kesudahannya, saya melafazkannya sendiri dengan membayar RM1. Bekas suami tahu mengenai perkara ini dan sehingga sekarang hampir 20 tahun tetapi tiada apaapa maklum balas diterima. Soalan saya, bolehkah saya menuntut nafkah untuk anak saya itu dan bagaimana cara untuk menuntutnya.
NURR
JOHOR BAHRU
Berhubung perceraian yang berlaku tanpa kehadiran suami puan 20 tahun lalu, ia adalah perceraian secara tebus talak kerana puan sudah menjelaskan bayaran RM1 bagi mendapatkan talaq ke atas diri puan. Mengikut prosedur Mahkamah Syariah, bekas suami puan akan diserahkan satu salinan Perintah Perceraian ke alamat yang diberi semasa pendaftaran kes. Jika tiada maklum balas daripada bekas suami selama tempoh tertentu dan tiada sebarang bantahan yang timbul di pihak beliau berhubung perceraian, maka perintah perceraian itu adalah kekal sebagaimana yang diperintahkan. Secara umumnya, perjanjian persetujuan yang dicapai puan dengan suami semasa sebelum berlakunya perceraian adalah suatu persetujuan bersama yang belum direkodkan mahkamah. Oleh itu, perjanjian persetujuan itu tidak mempunyai kesan di sisi undangundang. Ia juga tidak menggugurkan hak puan bagi menuntut nafkah anak. Prinsip ini sudah digazetkan melalui Arahan Amalan Mahkamah Syariah No 15 Tahun 2005 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Justeru, puan boleh membuat tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah yang berkenaan. l Nafkah anak Mahkamah Syariah boleh memerintahkan seorang bapa membayar nafkah kepada anak. Keengganan dan kecuaian bapa akan memudaratkan keadaan anak itu memandangkan nafkah anak adalah perkara fardu yang diwajibkan ke atas bapa. Selain itu, undangundang dan hukum syarak juga mewajibkan penafkahan ke atas anak untuk faedahnya dan boleh mencagarkan apaapa harta milik bapa supaya membayar nafkah. Tuntutan untuk nafkah anak yang hendak dimohon hendaklah dalam kadar yang munasabah dan memenuhi keperluan semasa anak yang semakin meningkat dewasa. Wajib ke atas bapa untuk membiayai atau melaksanakan nafkah anak itu kerana anak itu adalah darah daging bapa dan tidak seharusnya membebankan bekas isteri untuk menguruskan anak itu sendirian. Ahli Fuqaha’ berpendapat, nafkah keluarga terutama untuk anakanak adalah wajib sekadar mencukupi keperluan mengikut taraf keadaan orang yang wajib membiayai nafkah dan kadar adat kebiasaan sesebuah negeri. Penyediaan tempat tinggal juga adalah tanggungjawab bapa kerana ia termasuk dalam nafkah anak itu selain nafkah sampingan yang merangkumi makan minum, bil air, bil elektrik, keselamatan, perlindungan, kebajikan dan pendidikan anak itu. Ini sudah dijelaskan dalam hadis Nabi SAW bermaksud: “Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (nafkah) yang diberikan itu adalah sedekah.” Puan dicadangkan membuat tuntutan nafkah anak sebagaimana berikut: l Pastikan tempat permastautinan atau tempat tinggal Tempat bermastautin atau tempat tinggal adalah penting bagi menentukan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang boleh mendengar permohonan puan. Lazimnya, mahkamah akan melihat kepada alamat yang tertera di kad pengenalan puan sebagai panduan. Jika, tempat tinggal puan berbeza dengan alamat dalam kad pengenalan, maka puan perlu mendapatkan pengesahan permastautinan anak kariah dari kawasan kariah tempat tinggal puan bagi puan meneruskan tuntutan puan di Mahkamah Syariah berkenaan. l Memfailkan saman dan penyata tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah Sekiranya sudah dipastikan Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa mendengar permohonan puan, puan perlu memfailkan Saman dan Penyata Tuntutan Nafkah Anak di Mahkamah itu. Lazimnya, mahkamah akan menyediakan borang ‘standard’ sebagai panduan. Puan bolehlah mengisi atau menaip semula maklumat yang diperlukan dan memastikan alamat bekas suami boleh dihubungi dan disampaikan saman dan apaapa notis mahkamah. Sekiranya puan gagal mendapatkan alamat bekas suami puan, ia akan memberi kesan terhadap pelaksanaan Perintah Nafkah Anak yang bakal puan peroleh. Puan juga dinasihatkan untuk bersedia dengan butiran diri bekas suami serta nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang kes puan berjalan di mahkamah. l Penyediaan dokumen sokongan Ketika memfailkan tuntutan nafkah anak di mahkamah, puan dinasihatkan untuk menyediakan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan puan, surat cerai, surat beranak anakanak atau kad pengenalan anakanak. Sebagai tambahan, sediakan bukti perbelanjaan dan keperluan anak anak yang perlu ditanggung bekas suami serta bukti kemampuan bekas suami. Ini memudahkan mahkamah sewaktu mendengar kes puan dan membantu mahkamah mempertimbangkan permohonan puan.
Subscribe to:
Posts (Atom)